
Saya ulangi kembali , Khairy di dapati bersalah atas tuduhan rasuah secara tidak langsung ketika pemilihan KPPUM yang lalu oleh lembaga disiplin UMNO , secara tidak langsung ada yang mengatakan bahawa ada ada tangan yang menyusun agar dia didapati bersalah untuk memastikan laluan calon lain lebih mudah. walaupun Khir Toyo di tuduh tetapi Khir Toyo di dapati tidak bersalah tetapi Khir Toyo juga nampak cacat celanya jika dibanding dengan Mukhriz yang dilihat kan sebagai begitu bersih dalam pertandingan ini. Dikuatkan lagi dengan keyataan Tun Mahathir yang mahu perwakilan menolak pemimpin rasuah diikuti oleh kenyataan Mukhriz, sekiranya ada sesiapa yang memberikan rasuah atas nama beliau bererti orang itu mahu menjejaskan nama beliau. Kenyataan ini sama lah seperti Mukhriz berkata , saya bersih saya tidak rasuah saya tidak beri wang kepada perwakilan. Tun juga kata , anak sayu tu bersih dia tak berikan wang dekat sesiapa termasuklah jentera. Mukhriz tidak guna satu sen pun wang kepada perwakilan mahupun jentera yang bekerja , Semuanya bekerja sukarela , semua yang mengundi untuk pencalonan tak dapat satu sen pun.
Dengan percaturan itu sepatutnya Mukhriz telah menang besar dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang lalu , maklumlah dia lawan dua orang yang dituduh rasuah dan seorang disabitkan kesalahan rasuah dan seorang lagi terselamat .Sebenarnya , tidak ada cacat cela langsung dengan pertandingan yang berlangsung itu , Pertandingan berkenaan adalah pertandingan yang adil dan setiap calon mempunyai wakil calon yang memantau perkalanan pemilihan . Hanya Allah SWT maha kaya serta adil sahaja yang mahu menunujukan yang mana benar dan yang mana salah ketika masih di dunia ini.. Kita seharus menerima hakikat Qada dan Qadar, Jangan disalahkan sistem pemilihan kerana semua orang bertanding dalam sistem yang sama. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri , Wanita dan Puteri juga bertanding dalam sistem yang sama . Tiada cacatnya sistem ini dan jangan salahkan sistem kerana pengiraan undi lambat kerana wakil calon tidak puas hati apabila calon mereka tewas dan mahu dikira kembali. Tiada penipuan. Sistem ini juga digunakan 21 tahun yang lalu.
Hanya satu bukti yang mahu diterjemah kan oleh Pemuda kepada Tun Mahathir dan Mukhriz yang tidak faham faham sehingga hari ini. Pemuda tolak Mukhriz , Pemuda tahu siapa yang rasuah, Pemuda tahu siapa yang baik untuk memimpin UMNO.Buat lah apa sekali , tidak sesiapa yang boleh melawan ketetentuan Allah SWT. Mukhrzi tewas . Tidak ada persaingan dan berada di tempat yang ketiga.Ini terjemahan Perwakilan , Mengapa kerana ini terjemahan ikjlas Perwakilan mereka pula dikutuk dan mereka di cerca oleh penyokong Mukhriz, Sewaktu pencalonan apabila Mukhriz dapat pencalonan yang tertinggi semua tersenyum sampai ke telinga. Tidak ada sesiapa pun yang kata pemuda itu korupted dan tidak siapa pula menghina mereka. Yang mencalon dan yang mengundi adalah mereka yang sama cuma bezanya undi itu sulit.
Rupanya bukan hanya setakat pemilihan sahaja.Dendam mereka masih berpanjangan . Selesai satu bab timbul lagi satu bab, Sakit hati terhadap Khairy Jamaluddin tidak habis lagi, Tidak percaya apa yang ditentukan oleh Allah SWT. Kuasa kini seolah olah di tangan mereka . PM Naik juga atas desakan mereka . Walaupun PM hanya akur dan setia kepada Pak Lah ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin sahaja yang mendesak bersama kawan akwan yang lain , namun segalanya terancang teliti sebenarnya, Muhyidin menjadi
bad boy dan DS Najib menjadi
good boy . Ini pandangan sekelompok ahli UMNO, namun setelah Pak Lah mengundur kan diri mereka semua yang mendesak mendapat habuan yang sama rata dari PM.. Cubaan menjatuhkan Khairy pada pemilihan pemuda UMNO gagal. Khairy mesti dilemahkan. Khairy mesti disingkir namun untuk terus disingkir agak sukar kerana anak muda ini juga bukan calang calang dan bukan tidak ada pengaruh. Apa yang perlu dilakukan adalah melemahkan anak muda ini.
Sebenarnya jika kita fikirkan , apa salah anak muda ini yang berminat untuk memimpin Pemuda UMNO dan beliau telah dinobatkan secara sah oleh perwakilan yang merupakan suara majoriti yang mahukan beliau sebagai pemimpin dan UMNO tidak akan rugi mempunyai pemimpin pelapis seperti Kahiry.
Janji untuk Fuad Zarkashi perlu ditunaikan. Janji untuk Datuk Rauf perlu ditunaikan , Janji untuk Mukhriz juga perlu ditunaikan . Semua janji ini dibuat ketika mereka mendesak Pak Lah. Pak Lah turun dan DS Najib naik mereka semua akan dapat habuan mereka. Siapa nak lawan Muhyiddin pasti akan mati, kerana mungkin ini perjanjian nya. Sukar untuk dipercayai tetapi ianya nampak sedemikian. Fuad Zarkashi , Timbalan Menteri , Mukhriz Timbalan Menteri , Datuk Rauf setiausaha kerja UMNO pastinya DS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri.
Apa apa pun ini semua telah berlaku kita terpaksa menerima nya kerana ini adalah pilihan Perdana Menteri Malaysia sekarang , Sebagai rakyat Malaysia dan ahli UMNO kita terpaksa menerima apa saja pilihan Perdana Menteri. Walaupun kita fikirkan , mana masuk akal , Yang kalah jadi Timbalan Menteri , Naib Pemuda juga jadi Timbalan Menteri , yang tidak menang dalam pilihan raya juga dapat jadi menteri dan yang layak dan yang sepatutnya dilantik dalam kabinet dibiarkan. Ini semua seolah olah sengaja mahu menarik taring dan aib kan Khairy. Penyokong Khairy merasa malu tetapi kerana parti dan bangsa mereka akur dengan susunan PM , tetapi apabila mereka akur dan mahu kembali bertaut. macam macam dugaan yang mereka terima , mereka ini seolah olah dibuat sebagai melukut di tepi gantang , Mereka hanya berdiam diri tetapi sebagai anak Melayu yang bermaruah , mereka akan bangun jika memerlukan mereka bangun untuk menentang, Musuh tidak dicari tetapi jika berhadapan mereka tidak akan lari jauh sekali mengalah.
Mereka pujuk hati mereka dengan berkata mungkin PM belum yakin . Mungkin PM mahukan rakyat selesa dahulu dengan Khairy kerana selama ini banyak persepsi yang tidak baik telah dilemparkan kepada Khairy dan Khairy perlu mengikis semua ini. Mereka bertepuk tangan dengan keadaan ini. Dengan muka tidak malu yang kalah naik mengambil kerusi dan mengharap kan dengan ada nya kerusi ini mungkin boleh mencari pengaruh kembali.Namun kalau akal panjang sejengkal tidak akan ke mana. Setahun berlalu , Khairy terus mara ke hadapan , Khairy mula mendapat tempat dihati rakyat , yang tidak layak dapat jawatan itu masih di takuk lama. Kalau nak harap ayah hari hari pun tidak boleh kerana orang kenal cara ayah memerintah dahulu. Khairy nampak bertambah kuat dan teguh ,
Suka tidak suka mereka terpaksa lah guna jalan kotor untuk melemahkan Khairy dengan mengarahkan segala jentera Maya untuk melemahkan kekuatan Khairy. , Khairy perlu di lupuskann kerana dia boleh buat kerja dan dia mampu menambahkan pengaruh , Keahlian Pemuda bertambah
baca sini . Lantas penulis upahan dikerah untuk menulis perkara yang bukan saja untuk menjatuhkan kredibiliti Khairy tetapi untuk meletakkan Khairy duduk sama rendah seperti mereka. Itulah kalau kulit berkudis , pakailah baju cantik mana pun akan berbau juga kudis berkenaan. Namun sejauh mana cubaan mereka Khairy tetap hebat , satu demi satu beliau menghadapi cubaan dan dugaan dan hari ini Allah SWT masih bersama beliau dan Insya alah beliau akan terus mara membawa kepimpinan pemuda UMNO, Cuma Khairy patut memikirkan dan menyenarai kan nama nama yang perlu beliau singkir kan dari senarai EXCO Pergerakan Pemuda. Tidak ramai dan tidak besar pengaruh mereka , jangan sampai busuk dalam pemuda menjadi barah Lihat ini.
baca sini