
Mukhriz tengelam dalam bayangan Tun
Hanya sebulan lagi akan berlangsungnya pemilihan UMNO dan jangka waktu mereka yang bertanding kini hanya tinggal sebulan dan mereka perlu menafaatkan masa ini sebaik-baiknya untuk memastikan mereka meraih cukup undian pada tarikh keramat berkenaan.
Seperti yang dijangkakan ketika ini ramailah calon-calon yang cuba menonjolkan diri dan ramai pula yang akan mencari jalan dengan kepakaran mereka untuk menjatuhkan kredibiliti calon yang akan bersaing menetang mereka pada pemilihan ini.
Apa juga kemungkinan, calon-calon bukan saja perlu membuktikan akan kewibawaan mereka tetapi perlu bersedia mentaliti untuk menghadapi serangan-serangan secara peribadi dan juga serangan-serangan yang tidak bermoral dari orang-orang yang tertentu yang mahu melihat calon-calon yang tidak menjadi favourate mereka kecundang dalam pemlihan ini.
Heboh diperkatakan baru-baru ini bahawa ada surat layang yang telah dihantar memburukkan seorang calon MT yang merupakan seorang menteri wanita kepada semua pejabat-pejabat media dengan jahat untuk memastikan calon ini kecunndang dalam pemilihan ini. Inilah gejala yang buruk telah bermula seawal calon-calon yang mahu bertanding menandatangani surat persetujuan untuk bertanding.
Gejala ini sememangnya tidak dapat di elakkan oleh calon-calon yang agak favourate yang mungkin dirasakan boleh menang dalam jawatan yang dipertandingkan. Sukar juga untuk mengesan atau kurang bijak untuk melayan isu-isu sebegini dan sebaiknya, biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.
Lagi dilayan lagi menjadi. Berbagai taktik memburukan juga dilakukan dan ada yang cuba melakukan dengan cara reverse saikologi dengan cuba menunjukan baik dan berbudi bahasa kepada pemimpin, sedangkan hakikatnya yang menyeru inilah yang biadab kepada pemimpin yang lebih tua.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca :
1 ) Bagaimana Mukhriz bernain reverse saikologi yang mungkin perancangan ayahnya untuk menghentam KJ secara halus. Sila baca dan fikirkan …. saya juga akan mengulas satu lagi keyataan Mukhriz dalam tulisan saya yang lain apabila dia terus menyerang budak tingkat 4.
Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir - Mukhriz
Mukhriz hari ni menyeru anggota UMNO supaya kembali kepada adat Melayu yang menghormati orang tua dan mengenang budi bekas pemimpin mereka. Dalam satu Majlis Mengenal Calon Ketua Pemuda di Kota Baru, beliau meminta diletakkan Pak Lah di tempat yang tertentu sebagai bekas pemimpin. Sebagai bekas pemimpin, beliau harus dibenarkan memberi pendapat, disamping itu, beliau turut menggesa jangan diperlakukan kepada Pak Lah sebagaimana yang berlaku kepada ayahandanya. Secara kebetulan, Dr Mahathir telah disembur dengan ubat pemedih mata di Lapangan Terbang Kota Baru pada tahun 2006 untuk menyampaikan syarahan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Semasa musim pemilihan 2007, satu usaha besar-besaran yang dirancang oleh ahli Majlis Tertinggi telah dilakukan untuk menahan beliau dari menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO pada akhir tahun 2006.
Sepanjang tahun-tahun 2006 hingga 2008, jemputan kepada Dr Mahathir untuk menyampaikan syarahan kepada ahli-ahli UMNO telah disekat oleh pelbagai pihak dalam UMNO atas arahan oral dari Ibu Pejabat. Sebarang Majlis melibatkannya oleh mana-mana Pertubuhan akan cuba disekat dan dikenakan tekanan untuk membatalkan.
Akhbar-akhbar diarah oleh Dato Kamal Khalid, Ketua Komunikasi di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri supaya tidak melaporakan sebarang berita melibatkan Dr Mahathir. Editor media perdana akan memutarbelit dan memesongkan berita dan kenyataannya. Namun begitu, pemikiran dan pandangan Dr Mahathir memang dikenyataan dan syarahan beliau diberi liputan meluas oleh laman portal alternatif, laman berita Internet, blog-blog, dan media-media asing.
Ini akhirnya menyebabkan ledakan media alternatif di Internet dan menjadi salah satu penyebab kejatuhan pengedaran dan reputasi media perdana hingga akhirnya penerangan pihak kerajaan tidak dipercayai langsung.
a) Apakah Pak Lah yg menyembur muka Tun?
b) Siapa yang halang Tun hadir perhimpunan UMNO ? Telah siap kerusi khas untuk beliau tapi beliau mahu bertanding G7, mahu duduk dengan perwakilan dan kemudian mempariakan diri sendiri.
3) Jelas dan nyata saya merasakan beliau juga cuba membangkitkan isu yang telah terjawab dalam blog pilihan beliau apabila menuduh Khiary Jamaluddin terlibat dalam projek Lapangan Terbang Tambang Murah Labu yang sebenarnya telah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa lapangan terbang itu tidak akan dilaksanakan. baca ini .Oleh kerana tidak ada isu yang boleh dikaitkan dengan Khairy, mereka menimbulkan isu ini untuk terus menghasut para perwakilan membenci Khairy Jamaluddin. Jelas apa yang dapat kita lihat sekarang cara serangan Mukhriz terhadap KJ adalah cara yang terlalu desprate dan beliau telah merasakan bahawa kedudukan beliau sebenrnya telah tengelam dan tergugat. Mukhriz tidak lagi popular kerana dalam jangka waktu masa selepas pancalonan, beliau langsung tidak menonjol dan jelas kelihatan segala kelemahan beliau dalam apa juga gerak yang dilakukan beliau, jika kita bandingkan anatar Mukhriz dan Khir Toyo, nampaknya Khir Toyo lebih menonjol dari Mukhriz dan pertandingan ini telah membuat Mukhriz awal-awal lagi terkeluar. Tony Farnedez juga dalam keyataan beliau dalam Malaysiakini menafikan bahawa KJ adalah salah seorang rakan kongsi dalam Air Asia. Isu ini sebenarnya sudah tertutup rapat untuk dipermainakn atau diperbincangkan.
Mukhriz sebenarnya lemas dalam bayangan ayahnya dan sukar untuk belia keluar dari bayangan ayahnya dan di mulutnya sentiasa menggunakan Ayahnya sebagai senjata mencari simpati, Mungkin sudah menjadi lumrah keluarga Mukhriz suka menyerang dan mengaibkan dan memburukkan orang lain untuk meniti jalan naik.Sebuah blog anotherbrickinwall.blogspot.com yang menjadi balaci kepada Mukhriz telah cuba menjatuhkan imej Naib Ketua Pemuda ini dengan cuba memfitnah pembaca dan perwakilan dengan niat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti KJ.
Mukhriz tidak punya modal untuk mendedahkan kebolehan beliau kerana jelas beliau tidak mepunyai kebolehan untuk di dedahkan. Menjelang pemilihan ini KJ adalah serangan utama Mukhriz dan Tun Mahathir berbanding dengan Khir Toyo kerana beliau tahu hanya KJ saja yang akan memadamkan cita -cita anak Tun ini. Tidak hairanlah jika KJ akan menjadi bahan untuk dibrukuan Tun Mahathir dan Mukhriz dalam jangkan masa menjelang pemilihan UMNO ini. Jelas disini Mukhriz kini sudah tidak ada keyakinan untuk menang.Bukan Mukhriz sahaja Tun juga dapat merasakannya. Nampaknya Mukhriz banyak mengenakam kembali sejarah kepopulariti ayahnya dan juga cuba membakar hati perwakilan dengan cerita-cerita sedih Tun yang kononnya di pariakan, pinjam cakap Tun sendiri yang mahu ahli UMNO panggil dia paria ketika bertanding G7. Tapi ini tak berlaku kerana perkataan itu tidak diguna pakai oleh ahli UMNO yang matang yang mana ianya lenyap ditelan oleh tuan sendiri.
Kami akan terus mengulas, teruskan dan terima kasih kerana melayari laman kami yang kini mencecah ke 160 ribu hits sehari.
Oleh Jack KPMU
sungguh memalukan si lembik ini yang tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya selembik yang mengharapkan pengaruh ayah nya untuk menjadi ketua pemuda umno malaysia. Perwakilan menolak beliau tetapi tetap menggunakan pengaruh ayahnya untuk menjadi timbalan menteri dan menggunakan bloggers haramjadah si Parpukari untuk memburukkan KPUM . Mukhriz perlu kita perang dan singkir dari kabinet dan UMNO. Biadab dan bagaikan gunting dalam lipatan. Siapa Mukhriz dalam politik tanah air. Langsung tidak menyerlah.
ReplyDeleteaku setuju , aku juga setuju kita hapuskan org mcm ini dalam UMNO , Otg mcm ini yang akn melingkupkan UMNO . Otg yang macam inilah yang menjadi gunting dalam lipatan . Elok saja kita hapuskan dari UMNO. aku mmg suka bila mrk kalah dahulu. konon mcm mrk dhsyat sangat. nak kontrol UMNO , Tidak semestinya ayh dia PM dia pun nak jadi yg berkuasa juga.
ReplyDeleteDulu kata jika menang Ketua Pemuda UMNOP akan tolak jawatan dalam kabinet, Huh cakap x serupa bikin , bila kalah minta ayah pula masuk campur minta jawatan dalam kabinet, Mangkok hayun punya mamat. Balik Jerlun buat program lah , Jom lawat jerlun banyak banyak.
ReplyDelete