KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Sepuluh sukarelawan Malaysia, termasuk dua wakil media, akan berlepas ke Athens, Greece pagi Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang akan menyertai misi itu buat pertama kalinya, berkata pasukan Lifeline4Gaza (LL4G)kedua tersebut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau berkata kira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan berkumpul di kepulauan Greece sebelum belayar ke pesisir laut Palestin pada hari berikutnya.
"Kita menjangkakan akan tiba ke pesisiran laut Palestin hari Rabu atau Khamis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena penyertaan rombongan Umno Malaysia dalam misi itu.
Mengenai kecaman rejim zionis terhadap misi itu, Khairy yakin ia akan menjadi percubaan terbaik serta berharap dengan adanya tekanan dan kesedaran masyarakat dunia pada hari ini, "kita akan dapat sampaikan bantuan kita."
Beliau juga berkata flotilla itu bukan hanya disertai sukarelawan negara Islam, malah dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Barat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Selain Khairy, rombongan yang diketuai Presiden LL4G Dr Noorazman Mohd Samsudin, disertai Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.
Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.
Selain menghantar bantuan kemanusiaan, misi itu akan memberi tekanan kepada Israel agar menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza.
Misi bertemakan 'Pertahankan Kemanusiaan' dijangka disertai 13 kapal antarabangsa, 10 daripadanya kapal penumpang manakala tiga lagi kapal kargo yang membawa ubat-ubatan serta bahan binaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

betulke saudara zulkefli wahijan telah menarik diri dari rombongan ke gaza?
ReplyDelete