Terima Kasih kepada semua Followers - Bukti semakin ramai sudah mulai menyayangi blog ini .

Tuesday, June 7, 2011

Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno Bakal Dilancar - Khairy Jamaluddin


SHAH ALAM, 5 Jun -- Pergerakan Pemuda Umno bakal melancarkan Briged Kesatria Pemuda Umno dalam masa terdekat untuk menjadi barisan hadapan parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.

"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.

"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.

Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.

Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment