
KUALA LUMPUR, 14 JUNE – Lifeline4Gaza (LL4G), sebuah gabungan beberapa badan bukan kerajaan Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa dari pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan “International Freedom Flotilla 11” ke Gaza hujung bulan ini.
Misi Pelayaran Kemanusiaan ini yang bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa (10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo), akan belayar bersama-sama menghantar bantuan kemanusiaan, dan sekali gus memberi tekanan supaya menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.
Bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” atau “Stay Human”, misi ini adalah misi yang bergerak berdasarkan perinsip-perinsip keamanan dan mematuhi seluruh undang-undang antarabangsa termasuk semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan upacara pelepasan pasukan LL4G Sabtu ini (18 Jun, 2011) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengasas dan presiden LL4G, Dr. Noorazman Mohd Samsuddin berkata, LL4G amat berbesar hati kerana Perdana Menteri sendiri telah memberikan sokongan kepada perjuangan dan usaha LL4G untuk menyertai misi pelayaran kali ini.
“Sokongan yang ditunjukan pemimpin nombor satu negara telah meniupkan lagi semangat kami untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang bakal dilakukan oleh pihak Israel, sebagaimana yang telah dibuat tenteranya dalam misi pertama kita tahun lalu,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan kepada usaha LL4G dalam misi pelayaran kali ini, terutama dalam menghulurkan bantuan kewangan yang masih amat diperlukan.
Menurut Dr Noorazman, misi kali ini akan membawa bersama bantuan kemanusiaan seperti peralatan hospital yang amat diperlukan oleh penduduk di Gaza, bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak serta barangan pembinaan asas yang diperlukan dalam pembinaan semula bangunan.
“Sehubungan itu, kami masih mengharapkan sekiranya ada pihak korporat atau individu yang mampu membantu menghulurkan bantuan dan menaja pembelian peralatan yang diperlukan dalam misi kali ini,” katanya sambil menambah, sumbangan boleh diberikan melalui Maybank akaun: Muslim Care (Viva Palestin), dengan nombor akaun: 564490211159.
Menurutnya, kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun, 2011. Sepuluh orang pasukan LL4G Malaysia termasuk Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli parlimen lain akan menyertai misi pelayaran kali ini.
Badan bukan kerajaan Malaysia yang menyertai misi pelayaran ini diketuai oleh Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), Pertubuhan Mawaddah Malaysia,Yayasan AMAL Malaysia, PC2P - AMAN PALESTINE dan CAKNA Palestin.
kah3x, ,setakat gi anto bantuan kemanusian saje boleh lah, aku cabor KJ masok Bumi Palestin, ade berani ke....
ReplyDeletekire ok lah ade sumbangan dari dok mengata org ajeee....cakap saje mmg mudah..pergilah sendiri ade beran...
ReplyDeletesusah, kata perjuangkan islam, orang buat baik kau condemn, orang buat jahat lagi la pulak.
ReplyDeletehilanglah kemanisan islam yang diperjuangkan tu. cuba open sikit, orang buat baik, pergi palestin nak tolong orang kat sana, kita support lah.
dia pergi palestin tu pun dh kira ok. en anon dah pergi ke belum. duk sibuk mengata ni.
kalau orang buat silap, kita tegur. tak susah.