Terima Kasih kepada semua Followers - Bukti semakin ramai sudah mulai menyayangi blog ini .

Sunday, July 31, 2011

Big Belly Brothers & Fairies's handout

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana kita diberikan peluang lagi untuk berpuasa tahun ini dan masih diberikan peluang untuk bertarawih di surau surau dan masjid sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Semalam Pemuda UMNO telah mengadakan program.Big Belly Brothers & Fairies's handout. - Dana Belia 1 MDB 30 July 2011.

Lebih banyak idea kreatif baru perlu dimajukan oleh golongan muda samada secara berpersatuan, individu atau kelompok generasi muda untuk dilaksanakan melalui Dana Belia 1Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata, “lebih RM10 juta dana belum diagihkan dan saya menggalakkan lebih banyak persatuan serta individu mengemukakan idea-idea baru bercorak kemasyarakatan dan idea komuniti untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.”

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Big Belly Brohters and Fairies – Food Handout' sekitar tapak letak kereka depan bangunan Cahaya Suria berhampiran Puduraya malam Sabtu.

Menurutnya, dana berjumlah RM20 juta itu baru habis RM5 juta dan masih ada RM15 juta belum diagihkan kita cuma menunggu idea-idea yang kreatif yang prihatin kepada masyarakat, idea dari tenaga penggeraknya adalah belia dan golongan muda.

Kata Khairy, “Program Big Belly Brothers and Fairies - Food Handout' adalah salah satu contoh persatuan belia yang tiada kaitan politik boleh bersama dengan bantuan kerajaan melalui 1MDB dan Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk buat kerja amal seperti ini.”

Menurut Khairy, “malam ini kali pertama makanan yang dibeli itu melalui dana yang diperolehi dari geran Dana Belia 1Malaysia tapi program Food Handout ini telah lama mereka usahakan.”

Katanya, “malam ini saya datang untuk bersama Program Big Belly Brothers and Fairies - Food Handout yang merupakan gabungan beberapa persatuan belia yang buat kerja amal untuk memberi sumbangan makanan dan air minuman, baju hujan dan tikar tidur untuk warga kota Kuala Lumpur yang tidak bernasib baik dan tiada tempat tinggal.”

Khairy juga memberitahu program Big Belly Brothers and Fairies merupakan salah satu pemohon Dana Belia 1Malaysia melalui Pemuda BN dan 1MDB yang berjaya mendapat geran sebanyak RM30 ribu bagi melaksanakan program 'Foof Handout' ini.

Dalam program ini sebanyak 150 bungkus nasi kandar diberikan pada golongan yang tidak bernasib baik pada setiap dua minggu sekali.











0 comments:

Post a Comment