Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang merupakan ahli Parlimen yang mengikut Misi Flotila pula berkata “Israel berjaya mempengaruhi kerajaan Greece supaya menyekat perjalanan kapal misi Flotila dari meneruskan pelayaran ke Gaza.”
Khairy memberitahu pihak berkuasa Greece memberi perintah mana-mana bot yang hendak sampaikan bantuan ke Gaza tidak boleh keluar dari pelabuhan Greece. Dua bot diserang dan disita oleh komando Greece manakala bot-bot lain dikepong oleh pengawal pantai Greece 24 jam.
“Walaupun kita mengadakan demontrasi dan berbagai desakan tapi kita tak dapat keluar. Tetapi saya anggap misi ini berjaya membuktikan dan menunjukkan ke seluruh dunia bahawa sekatan Israel terhadap Gaza masih lagi nyata berlaku”
“inilah nasib rakyat Gaza yang pada hari ini, kalau Israel cakap bahawa mereka sudah buka sempadan darat seperti di Rafah dan tempat-tempat lain sebenarnya mereka tidak beri gambaran sebenar.”
“Gambaran sebenarnya adalah Gaza masih lagi merupakan sebuah penjara 'open air' yang terbesar di dunia di mana rakyat Palestin di Gaza duduk dan hidup dalam keadaan yang menderita kerana satu sekatan”
“Kalau mereka tidak takut kenapa tidak lepaskan 10 kapal yang pergi daripada Greece tanpa membawa senjata hanya bawa bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan bahan binaan tetapi disekat oleh kerajaan Greece yang tunduk kepada tekanan daripada Israel dan tidak benarkan kita keluar,” tambah Khairy.
Khairy berkata, “kita amat dukacita dan kita kutuk Israel dan negara-negara yang bersama menanggung dosa kerana tidak membenarkan kita belayar ke Gaza. Kita sudah bincang apa yang akan berlaku selepas ini, misi Flotila 2 ini tidak tamat lagi, mereka sedang berusaha untuk mendapatkan permit dan sekiranya berjaya, mereka akan memanggil kita semula untuk meneruskan misi tersebut setelah mendapat permit perjalanan.”
“Kita balik kerana sudah terlalu lama berada di sana tetapi masih ada usaha untuk mendapatkan kebenaran belayar dari Greece. Bila-bila waktu kita akan teruskan perjalanan dan kita akan terus cuba”
“Kita nak tunjuk pada dunia bagaimana Israel dengan kejam dan zalim sekali sekat serta halang rakyat Palestin di Gaza tertutamanya daripada mendapat bantuan dari masyarakat dunia,” jelasnya.
Menurut Khairy, ini isu sejagat, soal Gaza dan Palestin, kita telah berjaya buktikan masih lagi isu yang besar dan Israel masih lagi merupakan kuasa yang perlu kita tentang habis-habisan. Jawatankuasa induk masih berusaha mendapatkan permit perjalanan.

0 comments:
Post a Comment