Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berata program itu akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video dan multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda UMNO serta bekas-bekas komando, askar, pasukan polis dan pakar-pakar sejarah.
Ia juga mendedahkan penipuan yang cuba diabadikan oleh Mohammad Sabu melalui teorinya yang secara jelas tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai tanpa sebarang pertumpahan darah.
"Sudah tiba masanya, suatu program ceramah umum berbentuk jelajah diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis," katanya di laman web rasminya www.rembau.net.my.
Beliau menilai kenyataan Mat Sabu bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa malah mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong dan menampakkan belang sebenar PAS yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka.
"Malah sikap Muhammad Sabu serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan menuding jari kepada UMNO amatlah memualkan," ujar beliau.
"Program ini diharap bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan wira-wira negara bahkan meniup semangat patriotik di kalangan rakyat, terutama anak-anak muda.
0 comments:
Post a Comment