ZURAIDAH Kamarudin sudah
membuktikan kebenaran di sebalik teori ini. Dari hanya memiliki sebuah
kereta biasa (MyVi), Zuraidah sekarang punya 4 kereta mewah, semuanya
kerana menggunakan formula yang penulis sebutkan di atas
Hebat tak hebat. Tak payah susah-susah cari downline pun tau.
Lebih hebat lagi bila Zuraidah selamba
beruk mengiyakan perkara tersebut dengan mendakwa pembelian itu tidak
melanggar apa-apa peraturan, macam tidak ada apa salah.
Adakah sesiapa yang dakwa Zuraidah
melanggar peraturan? Tidak, kita tak sebut pun Zuraida melanggar
peraturan, cuma kita nak rakyat fikir sendiri sajalah, macam mana
penjual ubat yang hanya ada sebuah kereta biasa sebelum jadi ahli
Parlimen, tiba-tiba mampu beli kereta mewah berbiji-biji selepas jadi
ahli parlimen.
Dari parti PKR pulak tu, parti yang kononnya marhaen, down to earth, demi rakyat, untuk rakyat dan apa kejadah rakyat, rakyat yang lain.
Dakwa Zuraidah seperti dipetik sebuah
portal berita pembangkang, sebelum jadi ahli Parlimen pun dia dah ada
beberapa kereta. Ye ke? Bagaimana maklumat yang didedahkan sebelum ini
yang menunjukkan kesemua kereta itu diperolehi selepas Zuraidah jadi
ahli Parlimen pada 2008?
Nak jawab macam mana tu?
Begitu juga dakwaan sebuah dari kenderaan
tersebut (jenis Volvo) yang kata Zuraidah diperolehi
melalui pengecualian duti eksais yang diperuntukkan kepada ahli
parlimen.
Eh, tahu ke kita, duti yang dikecualikan
itu sebanyak RM 40,000 saja selain kenderaan itu perlu diperolehi secara
tunai. Itu bermaksud dengan harga kereta tersebut mencecah beratus
ribu, banyak juga Zuraidah nak kena bayar bakinya, walaupun setelah
mendapat pengecualian cukai eksasais.
Kembali pada persoalan utama, dari mana
terbitnya duit beratus ribu itu hanya dalam tempoh 4 tahun menjadi Ahli
Parlimen? Jualan ubat meningkat ke?
Bagaimanapun, seperti disebutkan di atas,
kita taknak cerita panjang tentang itu. Cuma kita nak sebutkan disini,
lain kali jangan heboh bercakap pasal orang lain, menuduh orang lain
memperolehi harta secara salah dan sebagainya. Selain tak menunggu
siasatan dijalankan, dah terus tuduh orang lain korup.
Macam inilah Zuraidah, kalau kau rasa
hebat, apa kata jangan tunggu siasatan, tunjuk semua harta yang kau ada,
compare dengan pendapatan sebagai ahli Parlimen, nak tengok mampu ke
tak mampu perolehi harta banyak itu? Itupun kalau beranilah.
Apa sekalipun, sekarang ni Zuraidah, kau
rasa baliklah apa yang biasa kau buat pada orang lain, terutama pemimpin
UMNO. Soal jalan betul ke jalan salah ke, itu tunggu siasatan, tapi
sekarang terbuktilah pemimpin PKR ni takdelah marhaen mana pun.
Kutip derma, kutip derma juga, jet mewah naik juga, kereta mewah beli tak ingat-ingat, marhaen sangat?
Jangan lupa, ini baru cakap tentang Ketua
Wanitanya, belum Ketua Umumnya lagi. Kalau sebut yang itu, mahu habis
nombor nak mengira jumlah duit dia agaknya.
Apa pun Nasrudin Tantawi jugaklah yang
rugi (gaji RM 2,500 sebulan). Yang kau bodoh jadi Ketua Pemuda PAS buat
apa, cuba jadi Ketua Pemuda PKR ke, Ketua Wanita ke, dah kaya dah kau
sekarang.
p/s: cerita ini belum selesai sebab Zuraidah baru mengaku 2 dari 4 kenderaan mewah yang dikaitkan dengannya.
No comments:
Post a Comment